'Dengan Rendah Diri Saya Terima Dua Trofi Ini' - Neelofa



Mempertahankan trofi Pengacara TV Popular selain diumumkan pemenang kategori online, Artis Sensasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Neelofa merendah diri menerima pengiktirafan hasil undian peminat itu.
Bersyukur mengungguli trofi Pengacara TV Popular buat kali kelima dengan menewaskan calon hebat seperti Mira Filzah dan Sherry Alhadad, Neelofa yang ketika ini berada di luar negara, berjanji akan bertemu peminat, sekembalinya ke Malaysia.
“Alhamdulillah atas kejayaan kali ini... Saya amat berbangga dan merendah diri menerima dua trofi ABPBH ini.
“Terima kasih akhbar BH dan ABPBH 31, media massa, kru produksi MeleTOP dan peminat terbaik yang pernah saya miliki,” katanya kepada BH Online.


Neelofa turut meluahkan rasa terharu peminat terus berada di sisinya selama ini.

“Terima kasih berada bersama saya, menebarkan cinta dan sokongan sejak dulu. Terima kasih kerana mengundi saya.
“Saya memohon maaf kerana tidak dapat menerima anugerah ini kerana berada di luar negara. Saya akan bertemu kamu (peminat) nanti... Saya cintakan kamu,” katanya yang dijangka pulang pada 13 Oktober ini.
Tambah Neelofa, anugerah dimenangi menjadi titik tolak untuk dirinya terus berusaha meningkatkan prestasi dalam setiap perkara dilakukan.
Sumber : Berita Harian
loading...